Rumah adalah satu keperluan dalam hidup manusia, rumah yang luas dan cantik adalah idaman setiap orang. Setiap orang berhak mendapat keselesaan.
Hari ni sis nak kongsi tips menghias rumah yang sempit agar kelihatan luas.
- Cat ruang dengan warna yang lembut dan ringan
*warna dinding juga memainkan peranan yang penting. Warna yang lembut akan meluaskan lagi ruang dirumah anda.
2.Letak Cermin
*untuk meluaskan lagi ruang di dalam rumah, letak cermin di sudut meja atau di sudut bilik dan tangga.
3. Guna perabot pelbagai fungsi
*perabot pelbagai guna akan lebih menjimatkan ruang di rumah anda.
4.Guna perabut yang tidak mengambil banyak ruang.
*pemilihan perabot yang tidak mengambil banyak ruang juga penting untuk rumah nampak lebih luas.
5. Pilih langsir yang sesuai
*pemilihan langsir juga memainkan peranan yang penting, langsir yang simple dan warna yang terang.
6. Tambah rona warna yang gelap pada syiling.
*penambahan warna yang gelap pada syiling akan meluaskan lagi ruang di rumah anda.