4 PERKARA WAJIB TAHU DALAM URUSAN PINDAH RUMAH

SEBULAN SEBELUM PINDAH
Walaupun kerj-kerja pindah rumah boleh diselesaikan dalam masa sehari atau dua (2), perancangan untuk pindah perlu dilakukan secara teliti dan memerlukan masa persediakan yang tepat.
- Rancang waktu yang sesuai untuk berpindah dan tetapkan tarikh.
- Buat pilihan saiz lori, material dan bilangan kru yang diperlukan.
- Maklumkan kepada jiran-jiran dan kenalan yang anda akan berpindah.
DUA MINGGU SEBELUM PINDAH
Sekiranya anda mempunyai barang-barang peribadi yang ingin dipacking sendiri, anda boleh meminta pihak Nizaf Mover untuk menghantar kotak supaya anda boleh packing dan kemaskan barang-barang peribadi lebih awal sebelum pihak Nizaf Mover melakukan kerja-kerja packing pada tarikh yang telah dijanjikan.
INGAT : Pastikan setiap kotak dilabelkan jenis item dan dari bilik/ruang mana ianya dipack. Tandakan “MUDAH PECAH / FRAGILE“ sekiranya ada barang peribadi anda yang mudah pecah.
HARI PERPINDAHAN
Pada hari perpindahan, sebaik-baiknya anda berada dirumah supaya anda boleh memantau dan pastikan tiada barang yang tertinggal. Dalam masa yang sama memudahkan kru packing untuk menentukan barang-barang yang perlu dan tak perlu dibawa Bersama ke rumah baru. Pastikan semua barang-barang dimasukkan kedalam lori.
HARI PINDAH DI RUMAH BARU
Pihak operasi Nizaf Mover akan mengendalikan kerja-kerja pemasangan kembali perabot yang dibuka dari rumah lama dan memasukkan semua barang-barang daripada lori ke setiap bilik mengikut tag yang ditetapkan. Proses ini bagi memudahkan pemasangan semua barang-barang mengikut tempat yang sepatutunya.