Pindah Ke Sabah Sarawak

Rancang Strategi

Berpindah dari suatu tempat ke tempat yang baru, ataupun memang hidup secara nomad yakni perlu berpindah randah. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan apabila ditetapkan supaya perlu berpindah bagi setiap golongan yang berkeperluan keatas mereka disebabkan urusan kerja atau perlu mengikut keluarga atas sebab musabab yang tertentu dan lain-lain.

Apabila bercerita akan Pindah Rumah. Semestinya kita perlu bersiap sedia dari segi mental,fizikal mahupun urusan kewangan untuk proses Pindah Rumah ini. Dari segi mental dan fizikal kita memang perlu kawal sebaiknya. Ini kerana sebut sahaja perkataan Pindah Rumah sudah dapat dibayangkan betapa peningnya untuk proses sebelum selesainya Proses Pindah Rumah ini. Banyak perkara yang perlu diatur,diuruskan secara sistematik sebelum selesainya proses Pindah ke Sabah Sarawak.

Namun, untuk perhatian anda! Bagi proses Pindah ke Sabah Sarawak. Anda perlu lebih membuat penelitian. Hal ini kerana banyak proses dan cara yang perlu diketahui sebelum barang-barang anda dipindahkan ke Sabah Sarawak sangat rumit banyak perlu stanby dokumen dan prosedur hakiki yang perlu disediakan disamping melalui kastam terlebih dahulu sebelum barang-barang anda sampai ke Sabah Sarawak.

 PEMILIHAN MOVER KE SABAH SARAWAK 

Pejabat Nizaf Mover di Semenyih, Kajang

Untuk proses Pindah ke Sabah Sarawak anda perlu mencari mover yang dapat membantu  bagi meringankan kerja-kerja urusan pindah anda. Antaranya untuk packing barang,kemas barang dan bagaimana step by step prosedur untuk proses pemindahan ke Sabah Sarawak. Sekaligus anda boleh bertanya details untuk quotation harga bagi proses pindah ke Sabah Sarawak dan kargo.

Antaranya anda boleh buat carian Google untuk Nizaf Mover. Melalui Nizaf Mover ianya mudah berurusan untuk anda, yakni untuk penghantaran hanya perlu tempah tarikh dan sediakan dokumen yang lengkap, dan selebihnya bagi pindah ke Sabah Sarawak pihak Nizaf Mover akan uruskan. Nizaf Mover (Kami akan bantu anda).

Selain itu melalui pemilihan Nizaf Mover untuk pindah ke Sabah Sarawak. Anda juga dapat menjimatkan masa anda dengan penghantaran yang pantas,disini anda tidak perlu pening untuk proses delay atau lambat sekaligus risau akan keadaan barang-barang pindah ke Sabah Sarawak, ini kerana barang anda akan sampai tepat pada masa seperti yang dijanjikan.

PACKING DAN WRAPPING

Selain itu, di Nizaf Mover juga terdapatnya penyediaan pakej packing dan wrapping. Jadi disini anda tidak perlu pening untuk cari kotak dikedai-kedai ataupun membeli kotak dari kedai ke kedai untuk pengasingan barang-barang mahupun  untuk kemaskan barang-barang anda bagi proses pindah ke Sabah Sarawak lagi. Ini kerana team Nizaf Mover akan menyediakan khidmat packing dan wrapping barang-barang anda dengan selamat.

PERKHIDMATAN KARGO PEMILIHAN MOVER KE SABAH SARAWAK

Pilih Syarikat Kargo Yang Sesuai,Berpantutan dan Mudahkan Anda

Bagi perkhidmata Kargo. Anda boleh membuat carian melalui laman web atau media sosial atau bertanyakan rakan-rakain lain yang ada pengalaman. Anda boleh survey beberapa syarikat untuk bandingkan servis, pakej dan harga. Antaranya carian Nizaf Mover. Biasanya mover yang anda pilih akan terangkan bagaimana cara dan syarat-syarat yang dikenakan bagi proses pindah ke Sabah Sarawak. Antara anda perlu ambil cakna barang-barang yang dibenarkan dalam kereta semasa proses penghantaran dan juga barang-barang yang di larang. Anda sebaiknya ikut sahaja syarat yang telah ditetapkan, jika tidak mahu sebarang kemungkinan yang akan berlaku dengan pihak Kastam kelak.

Kapal RORO yang membawa kenderaan di Port Klang

Pilih Pakej Yang di Perlukan

Untuk Perhatian anda kebiasaanya Syarikat Kargo akan menawarkan empat jenis servis.Anda boleh memilih pakej servis yang anda perlukan. Antaranya, Port to Port iaitu, Pihak syarikat yang akan menguruskankan penghantaran kenderaan anda ke Pelabuhan yang berdekatan. Port to Door iaitu, pihak Syarikat yang akan  menghantar kenderaan anda ke destinasi yang anda inginkan daripada Pelabuhan.

Seterusnya, Door to Door iaitu, kenderaan anda akan diambil dirumah anda dan akan dihantar terus ke alamat penghantaran yang telah ditetapkan, dan servis Door to Port iaitu, Pihak Syarikat yang akan menguruskan penghantaran kenderaan anda dari rumah ke Pelabuhan yang telah ditetapkan.

Pelepasan Daripada Bank Dan Tentukan Servis Yang diPerlukan & Penyediaan Dokumentasi

Awas! Perlu diingatkan untuk urusan kereta bagi proses pindah ke Sabah Sarawak, antara  perkara penting yang perlu anda selesaikan. Iaitu syarat yang paling utama. Sebelum anda pindah kereta ke Sabah Sarawak, anda seharusnya memastikan bahawa kereta yang anda miliki tersebut tiada tunggakan bulanan di Bank yang buat permohonan loan kereta dahulu,dan kereta tersebut masih dalam tempoh pembayaran di Bank. Ini kerana, sekiranya anda mempunyai tunggakan bayaran kereta anda. Anda terlebih dahulu perlu menyelesaikan bayaran semua tunggakan di kaunter bank dan pastikan pihak bank memberikan surat kebenaran ataupun consent letter, dan anda juga boleh terus minta salinan asal geran kereta {original copy of green card}untuk memudahkan urusan anda. Dan kebiasaanya jika penama sendiri yang minta bank akan bagi.

PERSEDIAAN SHIPPING PINDAH BARANG KE SABAH SARAWAK

Kenderaan {Motor dan Kereta}

Bagi persediaan shipping pindah barang ke Sabah Sarawak anda perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi kenderaan yang anda ingin pindahkan ke Sabah Sarawak,seperti salinan ic pemilik, passport pemilik dan juga pastikan pihak bank memberikan surat kebenaran ataupun consent letter yang anda ambil daripada bank,perlu sediakan bersama.

Cukai Jalan {Road tax}

Bagi kada bayaran Cukai Jalan atau roadtax  adalah lebih rendah daripada Semenanjung. Dan perlu diambil perhatian mengikut peraturan,kereta yang guna cukai jalan hanya boleh digunakan disana sahaja. Akan tetapi dalam situasa tertentu yang boleh menyebabkan terpaksa membawa kereta ke Semenanjung. Cukai jalan sah digunakan dalam tempoh 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan , anda perlu pastikan dokumen yang mengesahkan pemindahan kereta yakni seperti shipping invoice sentiasa ada bersama dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa jika diperlukan, dan selepas daripada 3 bulan,sekiranya cukai alan anda belum tamah tempoh, anda hanya perlu membuat bayaran kadar perbezaan harga cukai jalan bagi bulan yang masih berbaki sahaja. Untuk lebih lanjut bagi Cukai jalan anda boleh rujuk kepada JPJ atau melayari laman web JPJ.

KEPENTINGAN INSURANS UNTUK MOVERS

Anda tidak perlu stress memikirkan keadaan barang-barang anda kerana dengan Nizaf Mover, akan pastikan barang anda sampai dengan selamat dengan jaminan Insurans sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Untuk perhatian pihak anda Nizaf Mover merupakan syarikat yang berdaftar dengan MOF. Disamping itu, antara mover yang menyediakan Marine Insurans yakni bagi memastikan kenderaan anda selamat sampai dengan jaminan Insurans sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini semasa proses pindah ke Sabah Sarawak.

KESIMPULAN

Pastikan perancangan yang rapi dan sistematik. Checklist dengan betul dan berhemah supaya anda dalam keadaan relaks dan tidak tertekan mahupun stress dengan urusan Pindah ke Sabah Sarawak ini. Ambil Langkah berjaga-jaga, atau sentiasa dalam keadaan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan. Antaranya, jika ada barang bernilai sebolehnya tidak perlu diletakkan didalam kerera atas Kapal. Hal ini kerana kita tidak mengetahui siapa sahaja orang-orang sekeliling pekerja kapal macam mana so anda better be safe ya.

Selain itu,pastikan penyediakan dokumen untuk proses ke pindah ke Sabah Sarawak tiada yang tercicir bagi memudahkan segala urusan anda. Pastikan segala prosedur yang tetapkan anda buat dan jangan ingkar untuk setiap syarat yang telah ditetapkan. Bagi mengelakkan sebarang masalah apabila tiba di Kastam nanti,dan sekaligus memudahkan segala urusan pindah ke Sabah Sarawak anda berjalan dengan lancar.

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan dengan servis kami termasuk; Pindah Rumah, Pindah Pejabat, Penghantaran domestik, hantar kereta dan penyimpanan/pergudangan boleh Whatsapp kami di  019-204 7355 (Cik Iza) atau Call Pejabat Nizaf Mover 03-8958 0355 . Klik butang dibawah untuk whatsapp

WHATSAPP SEKARANG!

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Open chat