Mempunyai rumah sendiri, cantik dan tersergam indah pasti menjadi impian setiap isi rumah keluarga di Malaysia. Kadangkala tidak kisah saiz rumah kecil atau besar janji dapat duduk rumah sendiri. Itulah salah satu dialog prinsip keluarga di Malaysia sekarang apabila bercerita tentang rumah. Namun, hakikat kehidupan sebelum bermulanya satu kejayaan, tidak akan terus memperolehi apa yang diinginkan. Pada awalnya hanya menyewa rumah sebelum masuk ke rumah sendiri.
Dapat berpindah ke rumah sendiri ibarat satu mimpi yang indah. Namun harus dingatkan proses pindah rumah BUKAN mudah ya! Anda perlu membuat perancangan keluarga dengan teliti. Pindah Rumah Semenanjung tidak serumit pindah ke Sabah Sarawak. Namun Prosedurnya tetap sama. Perlu ada perancangan yang rapi semasa proses pindah rumah ini. Antaranya, dengan semudah ABC, hanya dengan klik 1 carian di google Nizaf Mover dapat membantu anda dalam membuat perancangan pindah rumah semenanjung anda dengan lebih mudah dan pantas.
Staff Nizaf Mover tengah packing di rumah customer
Pindah rumah Semenanjung Malaysia, “ Pantai Barat Semenanjung Malaysia {Bahasa Melayu Pantai Barat Semenanjung Malaysia} merangkumi negeri-negeri yang mempunyai garis pantai di sepanjang selat Melaka. Bahagian semenanjung ini lebih banyak bandar dan maju daripada di Pantai Timur yang lebih berbangsa Melayu, Islam dan luar bandar. Ibu Negara Malaysia, Kuala, dan pusat pentadbiran baru Putrajaya terletak di wilayah ini. Namun tidak kiralah disudut mana sekali pun. Hujung negeri mana pun ada duduk dan ingin berpindah dengan Nizaf Mover pasti dapat membantu anda untuk proses pindah rumah dengan mudah.
Sebab kenapa anda boleh memilih Nizaf Mover kerana, Nizaf Mover mempunyai pengalaman lebih 15 tahun untuk urusan pindah rumah Semenanjung mahupun Sabah Sarawak. Punyai lengkap untuk setiap urusan pindah dari segi pengangkutan lori, tenaga kerja yang mahir dan berstamina tinggi dalam menjaga keselamatan barang-barang anda. Hatta urusan Kargo sekalipun Nizaf Mover menyediakan tersebut. Selain itu, dengan Nizaf Mover adanya cover insurans untuk sesuatu barang. Jadi anda tidak perlu risau. Sebarang persoalan,atau quotation anda boleh terus melalui Nizaf Mover. Staff Nizaf Mover yang terlatih akan membantu anda.
Nizaf Mover akan uruskan pindah rumah anda dari A-Z
Checklist Pindah Rumah
Pindah rumah adalah pergerakan anda dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Pindah rumah adalah perkara yang agak rumit untuk diselesaikan. Jika rumah anda adalah rumah yang bersaiz besar, anda akan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Pindah rumah akan menjadikan anda lebih stress atau tertekan disebabkan oleh tiada perancangan awal.
Pindah rumah semenanjung, tidak kiralah dari negeri mana ke negeri mana sememangnya merupakan salah satu perkara yang amat memeningkan. Untuk mengurangkan stress dan bagi memudahkan segala urusan pindah rumah anda, pastikan anda perlu buat CHECKLIST yang betul supaya tak terlupa atau tertinggal barang berharga atau tercicirnya barangan yang penting dalam proses berpindah ke rumah baru anda nanti. Jadi, boleh cuba langkah-langkah ini. Mungkin anda boleh melayari Nizaf Mover cara untuk simpanan barangan anda dengan lebih mudah untuk membantu anda.
Setiap barang akan dipacking agar tidak rosak
Settlement Segala Bil Dirumah Lama
Sebelum berpindah ke rumah baru, anda disarankan untuk menyelesaikan segala urusan bil-bil di rumah lama anda sebelum berpindah ke rumah baru, bagi memudahkan urusan anda nanti dan tiada permasalahan dikemudian hari. Anda seharusnya perlu memastikan segala tunggakan bil telah dibayar, tidak kiralah bil air, elektrik, unifi, Astro dan sebagainya. Untuk menjimat masa anda boleh terus membuat bayaran menerusi JOMPAY! Mana-mana online banking terus JOMPAY sahaja. Atau sekiranya anda ingin lebih jimat anda boleh buat pembayaran di Shopee ya. Mungkin di shopee lebih menjimatkan lagi bayaran anda.
Disamping itu, anda perlu memastikan anda menukar alamat surat menyurat untuk urusan isu rumah anda bagi mengelakkan masalah dikemudian hari dan mungkin akan menyebabkan berlakunya tunggakan sekiranya anda tidak menukar alamat rumah anda. Hal ini kerana anda tidak menerima bil-bil tersebut.
Untuk barangan-barangan elektrik dan dalam tempoh kontrak atau terikat. Anda boleh menghubungi pihak yang berwajib untuk mengalihkan barangan tersebut ke rumah baru. Contohnya Astro, Unifi dan sebagainya, sebelum pindah anda boleh menghubungi terlebih dahulu untuk proses pindah alih ke rumah baru.
Kemas Pakaian Secara Berhemah
Kemaskan baju-baju dengan baik secara gantung atau kotak. Packing dengan teratur dapat memudahkan anda apabila tiba di rumah baru. Sekaligus dapat menjimat masa anda dan kurangkan keletihan anda untuk mengemas kembali, hal ini anda tidak perlu membuat kerja payah secara ulangan. Anda Cuma tinggal untuk buka dari plastik dan sangkut sahaja. MUDAHKAN?
Untuk lebih mudah anda boleh gunakan khidmat Nizaf Mover dalam penyediaan kotak, Nizaf Mover ada menyediakan kotak dari Saiz Kecil hinggalah besar saiznya, anda Cuma pilih sahaja, dan barangan anda juga pihak Nizaf Mover boleh uruskan untuk anda pack barang anda dalam kotak. Nizaf Mover boleh bantu permudahkan urusan packing barangan anda tidak kira pindah rumah ke semenanjung mahupun Sabah Sarawak.
Kotak dah ada, dengan Nizaf Mover anda tak perlu risau lagi. Anda tidak perlu lagi mencari membeli kotak di pasaraya atau mana-mana kedai. Mudahkan! Sekali salotape semua siap Nizaf Mover. Jadi tak ada istilah ini terlupa beli itu terlupa beli ya. Anda sekeluarga tidak perlu banyak kerja.
Pemilihan Tarikh Pindah Rumah Semenanjung
Pemilihan tarikh penting untuk proses pindah rumah. Bagi memudahkan anda menyiapkan segala urusan. Disamping senang untuk anda membuat penyediaan untuk memaklumkan kepada pihak lori mover untuk proses tersebut. Tanpa menganggu hari-hari bekerja anda atau sekiranya anda mempunyai urusan pada hari tersebut. Risau jika tidak dipilih tarikh mungkin akan clash dengan masa lain.
Info Pindah Rumah
Untuk pindah rumah, sekiranya anda berada di dalam sektor kerajaan. Tidak kisahlah anda berada dalam Jabatan atau Kementerian mana. Anda sebagai penjawat awam berhak untuk menuntut claim Pindah Rumah Semenanjung mahupun Sabah Sarawak. Anda boleh memohon melalui Jabatan anda. Untuk lebih lanjut boleh bertanya kepada CC pentadbiran di pejabat anda bekerja. Hanya perlukan dua borang sahaja kebiasaanya Lampiran B-2 dan Lampiran A. Untuk lebih jelas boleh bertanya di bahagian Pentadbiran Pejabat anda.
Kadar Claim Pindah Rumah berdasarkan Gred Semasa
Kebiasaanya ramai orang yang terlupa untuk mohon. Pemohonan valid sehingga 3 tahun daripada tempoh pindah. Pastikan anda menyediakan borang-borang yang lengkap seperti yang tertera di Borang Lampira B-2 urusan pindah rumah. Jumlah claim adalah berdasarkan gred hakii jwatan semasa anda.
Kesimpulan
Urusan mahupun proses pindah rumah adalah merupakan sesuatu perkataan yang menarik atau juga memenatkan, atau jika silap langkah stressnya bukan biasa-biasa ya. Jadi rancanglah dengan baik untuk isi rumah anda bagi memudahkan segala urusan pindah rumah anda tanpa gangguan masalah hati, sesi pertengkaran dan sebagainya.
Sekiranya ada yang meragukan pastikan akan melakukan pemeriksaan terakhir setelah akhirnya keluar dari rumah anda, pastikan periksa buat kali terakhir, periksa sekeliling rumah supaya tidak tertinggal apa-apa, tutup semua suis dan lampu. Jika anda bercadang untuk membersihkan rumah, ini masa terbaik untuk lakukannya.
Ingat! Jangan jadikan ia sesuatu yang dilakukan di saat akhir kerana beberapa proses seperti mencari lori, mover, mengemas barangan dan memohon kebenaran dari pengurusan bangunan dan serta lain lain lagi perlu dilakukan lebih awal. Rancang dan pastikan anda mempunyai senarai untuk elakkan stress dan terkejar-kejar dalam urusan pindah rumah anda tidak kiralah pindah rumah Semenanjung mahupun Sabah Sarawak ini dan jadikan proses perpindahan ke rumah baru berjalan dengan lancar dan baik segalanya.