Langkah-langkah hantar kereta

1. Pilih Kontena atau roro
Hantar kereta ke Sabah Sarawak mempunyai 2 pilihan iaitu menggunakan kontena atau RoRo (Roll on Roll off). Sekiranya kereta dimasukkan didalam kontena, ianya akan diletakkan sekali Bersama-sama dengan barang-barang anda yang hendak dihantar. Manakala RoRo, kapal yang hanya membawa kenderaan sahaja. Harga adalah berbeza untuk kontena.
2. sebut harga
Minta sebut harga untuk kos hantar kereta ke Sabah Sarawak. Tujuan sebut harga ini adalah untuk urusan penyediaan surat kepada bank bagi menyelesaikan proses pelepasan. Detail yang anda perlu sediakan kepada team Nizaf Mover adalah seperti berikut.
- Nombor kereta,
- Jenis Kereta
- Alamat anda.
3. surat pelepasan bank
Sediakan surat kepada Bank memohon untuk hantar kereta ke Sabah Sarawak. Anda perlu buat satu surat rasmi memohon kepada Bank untuk menghantar kereta ke Semenanjung atau Sabah. Pihak Nizaf Mover akan membantu anda menyediakan surat tersebut. Surat ini hanya kepada yang belum habis bayar kereta, kalau dah habis bayar atau tidak terikat dengan mana-mana bank, skip je step ini.
4. proses pemohonan surat
Hantar Dokumen kepada Bank: Salinan kad pengenalan, surat dari pihak Nizaf Mover, senarai sebut harga dan Surat memohon untuk hantar kereta seperti langkah 3. Lepas tu bank akan minta anda isi borang kebenaran bawa kenderaan ke Sabah Sarawak atau Semenanjung. Selepas itu, bank akan keluarkan surat kebenaran hantar kereta selewat-lewatnya dalam masa 3 hari bekerja.
5. dokumen yang diperlukan
Hantar Dokumen Lengkap kepada Nizaf Mover. Selepas dapat surat kebenaran bank, anda boleh terus hantar semua dokumen yang bank bagi ke Nizaf Mover berserta dengan dokumen-dokumen yang berikut;
- Surat consent dari Bank
- Salinan geran kereta
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik kereta.
- Persediaan Sebelum hantar kereta ke Sabah Sarawak
6. pemeriksaan kenderaan anda
Semua siap, kereta anda sudah bersedia untuk berlayar ke Sabah Sarawak. Sebelum hantar kereta ke Sabah Sarawak pihak Nizaf Mover akan melakukan pemeriksaan kepada kenderaan anda bagi memastikan semuanya selamat dan tiada barang berharga ditinggalkan didalam kereta.