4 PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM HANTAR BARANG

KENALPASTI UKURAN BARANG ANDA
Untuk servis penghantaran barang Nizaf Mover ke Sabah Sarawak, barangan anda tidak akan di timbang mengikut berat seperti penghantaran Kurier. Pengiraan kami adalah secara volumetrik/Meter Padu (m³) iaitu
Panjang x Lebar x Tinggi.
Harga bermula dari 1m³ dan berbeza-beza mengikut destinasi penghantaran. Semak jadual di bawah untuk maklumat lanjut.
Tempah Seminggu awal sebelum jadual
Sekiranya anda mempunyai barang-barang peribadi yang ingin dipacking sendiri, anda boleh meminta pihak Nizaf Mover untuk menghantar kotak supaya anda boleh packing dan kemaskan barang-barang peribadi lebih awal sebelum pihak Nizaf Mover melakukan kerja-kerja packing pada tarikh yang telah dijanjikan.
INGAT : Pastikan setiap kotak dilabelkan jenis item dan dari bilik/ruang mana ianya dipack. Tandakan “MUDAH PECAH / FRAGILE“ sekiranya ada barang peribadi anda yang mudah pecah.
pilihan cara penghantaran yang sesuai
Pihak Nizaf Mover menyediakan banyak pilihan servis bagi memudahkan urusan anda untuk menghantar barang yang besar dan banyak. Bergantung kepada kesesuaian anda,
Pilihan untuk Pickup
- Hantar sendiri barang anda ke Pejabat Nizaf Mover.
- Pihak Nizaf akan Pick-up barang dari rumah anda.
Penerimaan Barang di Destinasi
- Anda boleh Mengambil barang anda sama ada di Pelabuhan atau Pejabat Nizaf Mover.
- Nizaf Mover akan menghantar terus barang ke rumah anda.
Pastikan tiada barang terlarang
Berikut merupakan barang-barang yang dilarang didalam kapal Kargo :
1. Barang Makanan Basah
2. Barangan Elektirk
3. Minuman Keras
4. Tumbuhan
5. Ubat-Ubatan
6. Barang Mudah Terbakar