HANTAR BARANG

SEMENANJUNG  |  SABAH  | SARAWAK

Mudah Berurusan

Untuk penghantaran, hanya perlu tempah tarikh dan sediakan dokumen lengkap, selebihnya kami uruskan. Kami akan bantu anda.

Jimat Masa

Jimatkan masa anda dengan penghantaran yang pantas, kenderaan anda sampai tepat pada masa seperti yang dijanjikan.

Dijamin Selamat

Kami akan pastikan kenderaan anda sampai dengan selamat dan jaminan insurans sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.

" PILIHAN DIPERCAYAI PENGGUNA MALAYSIA "

Kenapa Perlu Pilih Kami?

  • Syarikat Berdaftar MOF

    Nizaf Mover & Logistics dipercayai dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

  • Marine Insurans

    Pastikan kenderaan anda selamat sampai dengan jaminan Insurans sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.

  • Pakej Packing & wrapping

    Team kami menyediakan khidmat untuk packing & wrapping barang-barang anda.

Langkah-langkah hantar kereta

Pilih Kontena atau roro

Hantar kereta ke Sabah Sarawak mempunyai 2 pilihan iaitu menggunakan kontena atau RoRo (Roll on Roll off). Sekiranya kereta dimasukkan didalam kontena, ianya akan diletakkan sekali Bersama-sama dengan barang-barang anda yang hendak dihantar. Manakala RoRo, kapal yang hanya membawa kenderaan sahaja. Harga adalah berbeza untuk kontena.

sebut harga

Minta sebut harga untuk kos hantar kereta ke Sabah Sarawak. Tujuan sebut harga ini adalah untuk urusan penyediaan surat kepada bank bagi menyelesaikan proses pelepasan. Detail yang anda perlu sediakan kepada team Nizaf Mover adalah seperti berikut.

  • Nombor kereta,
  • Jenis Kereta
  • Alamat anda.

surat pelepasan bank

Sediakan surat kepada Bank memohon untuk hantar kereta ke Sabah Sarawak. Anda perlu buat satu surat rasmi memohon kepada Bank untuk menghantar kereta ke Semenanjung atau Sabah. Pihak Nizaf Mover akan membantu anda menyediakan surat tersebut. Surat ini hanya kepada yang belum habis bayar kereta, kalau dah habis bayar atau tidak terikat dengan mana-mana bank, skip je step ini.

proses pemohonan surat

Hantar Dokumen kepada Bank: Salinan kad pengenalan, surat dari pihak Nizaf Mover, senarai sebut harga  dan Surat memohon untuk hantar kereta seperti langkah 3. Lepas tu bank akan minta anda  isi borang kebenaran bawa kenderaan ke Sabah Sarawak atau Semenanjung.  Selepas itu, bank akan keluarkan surat kebenaran hantar kereta selewat-lewatnya dalam masa 3 hari bekerja.

dokumen yang diperlukan

Hantar Dokumen Lengkap kepada Nizaf Mover. Selepas dapat surat kebenaran bank, anda boleh terus hantar semua dokumen yang bank bagi ke Nizaf Mover berserta dengan dokumen-dokumen yang berikut;

  • Surat consent dari Bank
  • Salinan geran kereta
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik kereta.
  • Persediaan Sebelum hantar kereta ke Sabah Sarawak

pemeriksaan kenderaan anda

Semua siap, kereta anda sudah bersedia untuk berlayar ke Sabah Sarawak. Sebelum hantar kereta ke Sabah Sarawak pihak Nizaf Mover akan melakukan pemeriksaan kepada kenderaan anda bagi memastikan semuanya selamat dan tiada barang berharga ditinggalkan didalam kereta.

Senarai Semak Sebelum Penghantaran

Sebelum penghantaran kenderaan anda, pastikan anda membuat senarai semak seperti berikut bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Sekiranya anda ada pertanyaan, bolehlah terus berhubung dengan pihak Nizaf Mover untuk urusan selanjutnya.

  • Cari maklumat Syarikat Penghantaran kereta (Pastikan yang trusted).
  • Dapatkan sebut harga dari Syarikat yang dipilih dari langkah pertama tadi.
  • Buat surat permohonan kepada Bank untuk pindahkan/hantar kereta.
  • Hantar dokumen berkaitan ke Bank.
  • Dapatkan surat kebenaran (Untuk hantar kereta ke Sabah Sarawak) dari Bank.
  • Serahkan semua dokumen untuk urusan hantar kereta ke Sabah Sarawak.

Testimoni Pelanggan Kami

Anda nak kami pickup dan hantar terus ke rumah anda?

Kepada anda yang tak mempunyai masa untuk menghantar kenderaan ke port, kami akan bantu anda untuk pickup kereta di rumah anda dan hantar terus ke destinasi anda.

Galeri Hantar Kereta Nizaf Mover

Tempah Slot Anda Sekarang!

Tempahan slot untuk penghantaran kereta dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak atau Sabah/Sarawak ke Semenanjung boleh dibuat terus secara atas talian atau boleh Call/Whatsapp 019-204 7355 (Cik Liyana) sekiranya ada sebarang pertanyaan.

Open chat