Cabutan Bertuah 2/2/2022

Tahniah kepada pemenang-pemenang untuk Cabutan Bertuah 2.2. Seronok kan tengok mereka dapat hadiah. Ambil servis Nizaf Mover pun boleh dapat hadiah. Wow!!! Bestnya! Kita jumpa lagi untuk cabutan bertuah akan datang. Mungkin anda pulak pemenang yang bertuah.

Apa agaknya hadiah untuk bulan akan datang???

Pemenang Cabutan Bertuah 2/2/2022

Salam Ramadhan | 3 April 2022

Bulan Ramadhan yang penuh berkah bakal tiba lagi. Umat Islam di Malaysia akan menunaikan ibadah puasa Ramadhan pada hari Ahad, 3 April 2022.

Bau harum Ramadhan sudah mulai terasa. Semoga kita boleh dipertemukan dalam keadaan sihat.

Selamat menunaikan ibadah puasa. Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh berkat ini. Agar kelak kita menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan.

“Pesan Imam Al-Ghazali, yang dekat itu MATI, yang jauh itu MASA, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang indah itu SOLAT, yg menyucikan rohani dan jasmani itu PUASA. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh ketakwaan”

Semoga keberkatan bulan ini memberi peluang kepada kita untuk mendekatkan diri ke arah kebaikan dan kesederhanaan.

Tetapi ada satu pesanan ringkas yang menggeletek hati. Bacalah yang ini….

“Carilah olehmu Lailatul Qadar di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan dan janganlah kamu mencari Laila Nasi Kandar di siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Selamat Berpuasa”

Marhaban Ya Ramadhan,

Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,

Dahannya Patah Tolong Betulkan,

Puasa Ramadhan Kembali Menjelang,

Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan,

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan 2022/ 1443H

Raya ‘Norma Baru’

Syawal tahun ini agak berbeza kerana raya tahun ini kita akan beraya dengan ‘norma baru’. Tiada ziarah kunjung mengunjungi, tidak dapat balik beraya di kampung, tiada solat raya di masjid. Sayu sangat rasa. Ada hikmah apa setiap yang berlaku. Mungkin dengan ini kita akan rasa lebih menghargai keluarga kita dan masa yang kita ada selama ini.

Dengan PKPB masih dijalankan, semua orang perlu patuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan KKM. Semoga wabak Covid-19 ini dapat dibendung dan kita akan dapat kembali hidup seperti biasa.

SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI!

Ikhlas dari team NIZAF MOVER & LOGISTICS.

KITA JAGA KITA! DUDUK RUMAH! KITA MESTI MENANG!

 

 

COVID-19: Pengorbanan ‘Frontliners’

PKP sekarang sudah masuk Fasa 4. Sudah hampir 2 bulan rakyat Malaysia bekerjasama menghalang wabak COVID-19 ini dari terus menjangkiti ke angka yang lebih besar. Tugas kita sepanjang musim PKP ini hanya duduk di rumah. Tetapi ramai juga yang merungut kerana sudah lama tidak keluar rumah. Hanya itu yang kita perlu lakukan untuk mudahkan kerja frontliner kita. Mereka berkerja untuk kita dan biar kita duduk di rumah untuk mereka.

Pengorbanan kita tidak sepadan dengan pengorbanan yang dicurahkan oleh petugas di barisan hadapan. ‘Frontliners’ terpaksa tinggalkan keluarga di rumah demi negara. Kita pula duduk di rumah dengan ibu bapa, anak-anak di depan mata. Mereka yang duduk di rumah perlu bersyukur dan ambik peluang yang ada ini untuk meluangkan masa bersama keluarga yang mungkin kita tidak dapat sebelum ini. Frontliner mungkin tak dapat merasai nikmat yang kita dapat. Mereka rindukan anak-anak. Apabila pulang tidak dapat peluk dan cium kerana perlu membersihkan diri terlebih dahulu. Kadang-kadang tak dapat jumpa sehari sebab anak-anak dah tidur dulu kerana pulang kerja lambat.

Melihat barisan hadapan kita yang sentiasa bekerja keras untuk memerangi wabak COVID-19 demi kita. Kami rakyat Malaysia berasa bangga dan bersyukur sangat. Doktor dan jururawat yang panas memakai PPE. Polis dan askar mengawal siang malam pergerakan jalan raya. Runner Foodpanda, GrabFood yang memastikan makanan sampai kepada kita dengan kita hanya duduk di rumah. Sedih tengok kadang ada yang tak cukup tidur dan tak makan lagi demi menyelesaikan tugas mereka.

Dengan penurunan kes di Malaysia sekarang menunjukkan kita mematuhi arahan daripada kerajaan, KKM dan frontliners. InsyaAllah kita akan dapat memerangi wabak COVID-19 ini bersama-sama.

KITA MESTI MENANG!

“TERIMA KASIH KEPADA FRONTLINERS MALAYSIA”

Kami Positif! Hikmah Di Sebalik Wabak COVID 19

Bagaimana hari-hari anda dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18/03/2020 sehingga 31/03/2020.  Dengan yang terbaru dilanjutkan sehingga 14/04/2020. Harap semuanya baik-baik. Kita hanya dapat mencegah sebelum wabak ini semakin berleluasa. Itu yang kita dapat buat masa sekarang. Ada yang mengeluh kerana kehidupan seharian akan berubah. Tetapi kita boleh pandang hikmah disebalik kita perlu berkurung selama sebulan di rumah.

REZEKI ‘TAK NAMPAK’

Dalam kita tak sedar kita dapat spend time with family. Setiap hari kita mungkin busy dengan kerja sampai kurang masa dengan isteri, suami dan anak-anak. Sambil WFH, kita dapat berborak dan makan bersama keluarga tersayang. Ambil peluang yang ada untuk luangkan masa bersama. Tidak ke itu rezeki?

PEMBERSIHAN UDARA

Dengan kenderaan semakin berkurang atas jalan, udara di Malaysia akan lebih bersih. Asap kenderaan dan pembakaran tidak ada. Tak percaya? Kita lihat nanti.

PERBELANJAAN KURANG

Duit yang ingat nak buat belanja bawak anak-anak bercuti sempena cuti sekolah boleh disimpan dan dibawa ke musim raya nanti. Perbelanjaan pun jadi untuk yang keperluan sahaja sepanjang tempoh berkurung ni. Dah jimat kan?

KEHIDUPAN BERSIH

Mungkin dengan amalan pencegahan ini, kita akan amalkan kehidupan yang lebih bersih dan sihat selepas ini. Selalu basuh tangan, bersihkan diri selepas balik rumah, dan pakai baju yang bersih. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dalam pemakanan dan minum air suam banyak. Mengambil makanan yang bersih dan sihat juga dapat menjalani kehidupan yang harmoni.

KENAPA KENA KUARANTIN?

Apabila perintah berkurung ni dijalankan, proses rantaian jangkitan ni diputuskan lama-lama ia akan hilang. Sebab virus akan mati dalam environment tanpa transfer kepada sesiapa. Macam di China bukan sebab dah jumpa ubat tetapi sebab rantaian jangkitan ni dah diputuskan.

Kita sebagai rakyat Malaysia patuh la pada arahan kerajaan. Bukan untuk kebaikan orang lain tetapi untuk kita semua. Jika rasa leceh, boleh pandang dari sudut lain yang positif. Jika takut rezeki putus, ingatlah rezeki ada di mana-mana. Harapan kita semua agar wabak COVID-19 ini dapat dicegah dari terus ke angka yang lebih besar. Kami dari Nizaf Mover & Logistics berfikiran positif dalam tempoh PKP ini!

DUDUK RUMAH! STAY HOME! KITA JAGA KITA!

 

 

Selamat Menyambut Ramadhan 1439 H

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Pada sesiapa yang nak pindah rumah atau pejabat pada bulan puasa boleh contact staff kami untuk free quotation dan booking slot. Walaupun berpuasa kami masih boleh selesaikan masalah anda untuk berpindah. Manalah tahu nak masuk rumah baru sebelum raya kan.

 

 

 

 

Office Baru

Pejabat baru Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd di Kuantan, Pahang

🏢EAST COAST OFFICE
No. 20, Jalan IM 3/2, Kawasan Perindustrian IM, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 09 573 4555 / 010-323 2300 / 019-982 2755

*KHAS BAGI WARGA KUANTAN
Untuk pembelian kotak boleh dtg terus ke office📦

 

 

 

 

 

 

 

Nizaf Logistics – BERSAMAMU

Minggu ketiga dalam setiap bulan Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd akan memberikan sumbangan kepada yg memerlukan. Bagi sesiapa tahu yg memerlukan bantuan boleh hubungi staff kami.

Puan Za – 012-967 9902

Cik Ana  – 014-818 6569

 

“SUMBANGAN DIHULURKAN BAGI YANG MEMERLUKAN”