Pindah Pejabat

Pindah pejabat daripada pejabat lama, berpindah ke bangunan baru untuk menjalankan kerja hakiki.!Indah sebab dapat tempat bekerja baru dan lebih selesa. Namun awas! Penatnya sebelum selesai pindah pejabat Bukan perkara yang mudah ya, banyak perlu di urus tadbir sebelum sesi pindah pejabat. Semua staff wajib memainkan peranan mereka. Terdapat banyak elemen perlu dipertimbangkan semasa berpindah pejabat. Pindah pejabat sememangnya merupakan salah satu perkara yang amat memeningkan. Bagi kurangkan stress semasa pindah pejabat dan memudahkan urusan pindah pejabat pastikan anda membuat carta strategi cheklist yang tepat. Supaya memudahkan urusan pindah pejabat agar tidak ada yang tertinggal barang berharga atau tercicirnya dokumen-dokumen yang penting semasa berpindah ke pejabat baru.

Staff Nizaf Mover unload barang-barang pindah ke bangunan yang baru

Terdapat banyak perkara yang perlu diuruskan semasa proses pindah pejabat perlu mengambil kira setiap item termasuk perabot pejabat, peralatan komputer, perabot dan peralatan di bilik stor, mesyuarat dan IT, susunan hiasan di pejabat harus dipertimbangkan. Antara yang utama adalah, file dokumen-dokumen penting, dan juga dokumen di dalam komputer perlu di buat simpanan kedua untuk sebarang kemungkinan apabila berpindah ke tempat baru nanti. Untuk memudahkan, anda boleh rujuk di Nizar Mover step preparation untuk pindah pejabat. Mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk lebih memudahkan urusan pindah pejabat kelak.

Kecekapan dan professionalisme menjadi keutamaan team Nizaf Mover bagi mengendalikan tugasan pemindahan pejabat

Tatacara Pindah Pejabat

Untuk suatu organisasi pejabat sudah pasti ada step dan caranya tersendiri apabila berkeperluan untuk pindah pejabat dari yang lama kepada pejabat baru iaitu tidak kiralah swasta atau pun kerajaan. Bagi sektor swasta untuk pindah pejabat dari segi law lebih mudah prosedurnya berbanding sektor Kerajaan. Namun, untuk pejabat kerajaan tatacara agak rumit sedikit kerana perlu mengikut prosedur dan pekeliling kerajaan yang telah ditetapkan.

Bagi sektor kerajaan, organisasi tersebut perlu membuat pindah peruntukan. Semua permohonan untuk pindah peruntukan, sama ada bagi mendapat kelulusan Pegawai ataupun Perbendaharaan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang seperti di (Lampiran B). Pegawai hendaklah menggunakan format waran pindah peruntukan seperti di Lampiran C dan C1 bagi semua pindah peruntukan yang dibuat di bawah Pekeliling ini. Waran pindah peruntukan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Pengawal sendiri atau mana-mana pegawai bawahannya yang lain yang diberi kebenaran secara bertulis olehnya di bawah seksyen 15A(2) Akta Tatacara Kewangan 1957. Waran pindah peruntukan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara dengan kadar segera. Sekiranya waran pindah peruntukan tersebut ditandatangani oleh mana-mana pegawai selain Pegawai Pengawal, satu salinan surat kebenaran hendaklah dihantar bersekali kepada Jabatan Akauntan Negara.

Staff Nizaf Mover menitikberatkan aspek keselamatan dan kebersihan semasa berpindah

Checklist Sebelum Pindah Pejabat

Proses pindah pejabat adalah rumit. Dengan begitu banyak perkara yang perlu dilakukan, mudah untuk mengabaikan tugas yang lebih kecil, namun penting. Untuk memastikan pejabat anda bergerak di landasan, gunakan panduan senarai semak berikut yang akan memastikan tiada apa yang dibatalkan.

LABELKAN  DAN ASINGKAN DOKUMEN YANG PENTING

Pemilihan dokumen dan barang yang berkeperluan yang tepat adalah penting semasa tempoh mengemas barang-barang di pejabat semasa mengasingkan barang untuk pindah pejabat. Ini bagi memudahkan anda untuk menyusun dan mendapatkan kembali barangan tersebut di pejabat baru nanti. Ini antara langkah yang terpenting juga. Anda perlu mengasingkan kotak-kotak dengan dokumen-dokumen yang dilabelkan dengan mudah untuk anda nanti. Sekali gus dapat memudahkan untuk mengira bilangan kotak yang ada. Letakkan label pada setiap kotak dengan isi kandungannya untuk jimat masa ketika hendak mengemas. Selain itu, anda juga boleh tandakan setiap kotak dengan label tertentu bagi memudahkan untuk pekerja Pejabat memindahkannya nanti. Anda boleh mendapat kotak di Nizar Mover dengan harga yang berpatutan disamping pekerja mereka dapat membantu anda dalam penyediaan urusan pindah pejabat dengan harga yang berpatutan. Tanpa anda perlu pening-pening untuk mencari kotak-kotak dari satu pasaraya ke pasaraya yang lain hanya untuk mendapatkan kotak bagi menyusun barang-barang pejabat.

Barang-barang seperti komputer dan dokumen akan dimasukkan ke dalam kotak

Hatta sekaligus Nizar Mover mempunyai pasukan yang berdedikasi mempunyai pengalaman urusan pindah barang-barangan lebih 15 tahun tidak kira Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Nizar Mover berfungsi dengan cekap semasa proses pemindahan dengan membongkar barangan di pejabat lama, membungkus apa-apa barangan dan masuk dalam kotak dengan selamat, memindahkannya dengan selamat ke pejabat baru, kemudian memasang semula barang-barang itu di pejabat baru, dan akhirnya memastikan semua ini dilakukan dalam jangka masa yang dirancang atau dalam masa satu hari.

Juruteknik Untuk Pindah Barangan Elektrik

Sekiranya untuk urusan pindah pejabat ada perancangan untuk memindahkan barang pejabat barang elektrik seperti kipas, pendingin hawa, atau lampu dan sebagainya, dari pejabat lama ke pejabat baru. Anda memerlukan carian Juruteknik yang berpengalaman bagi membantu anda untuk membuka barangan elektrik tersebut untuk dipindah dan pasangkan dipejabat baru. Anda boleh melayari google buat carian wiring electrical freelance atau Facebook, terdapat banyak freelance wiring. Dan mungkin dapat membantu anda di samping memilih yang terbaik apabila melihat feedback customer yang lain sekaligus dapat membantu mereka mencari rezeki.

Telefon, Pejabat Pos, E-mel dan Akaun Media Sosial

Pemakluman awal, utiliti pertama yang anda hubungi mengenai langkah anda; anda ingin memastikan perniagaan anda tetap terbuka semasa bergerak atau bahawa terdapat sedikit gangguan yang mungkin. Biarkan syarikat telefon tahu bila langkah itu dan meminta telefon dipasang dan siap untuk beroperasi di pejabat baru  sebelum tarikh pindah, bagi memastikan berjalan pada tarikh pindah.

Tukar Alamat Pejabat Baru (Memaklumkan Kepada Klien-Klien) Dan Rancang Tarikh Pindah Pejabat

Selain itu, anda perlu memastikan untuk penukaran alamat harus dibuat. Anda pastikan anda kemas kini alamat untuk surat menyurat di pejabat anda supaya mudah untuk berurusan dengan pihak utiliti ,bank, klien-klien dan lain-lain lagi. Sebaiknya lebih awal lebih bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu memaklumkan sebarang urusan pejabat atau klien-klien dimaklumkan terlebih dahulu melalui e-mail, surat dan lain-lain untuk diwarkan pemindahan tukar pejabat.

Sebelum berpindah ke Pejabat baru anda harus pastikan alamat telah ditukar dan dimaklumkan kepada klien-klien dan sebagainya. Pastikan anda kemas kini alamat supaya mudah untuk berurusan dengan pihak bank dan sebagainya.

Pastikan memilih tarikh yang betul untuk urusan pindah ke pejabat baru. Maklumkan kepada mover tarikh tersebut yang dijadualkan. Elakkan memilih hari cuti umum, dari mengelakkan kesesakan lalu lintas sekaligus melambatkan masa, dan merugikan masa anda.  Pastikan di tempat pejabat baru, barang-barang akan diletakkan di lokasi yang betul mengikut label, dan kemudian ianya adalah akan dipasang semula seperti yang diperlukan.

Proses pemindahan peti besi ke tempat yang baru

Kesimpulan

Kesimpulannya, pastikan anda melakukan pemeriksaan terakhir.  Membuat pemeriksaan keseluruhan untuk ruang pejabat supaya tiada dokumen atau barang-barang tercicir. Tutup semua suis dan lampu. Pindah pejabat adalah merupakan sesuatu yang menarik atau juga memenatkan, atau kedua-duanya sekali. Jangan jadikan ia sesuatu yang dilakukan di saat akhir kerana beberapa proses seperti mencari mover yang anda mahukan, memohon kebenaran dari pengurusan bangunan dan lain-lain lagi perlu dilakukan lebih awal. Perancangan yang teliti dan teratur harus dilaksanakan dan pastikan anda mempunyai senarai yang lengkap bagi mengelakkan stress dan terkejar-kejar dalam urusan pindah pejabat ini dan jadikan proses perpindahan ke pejabat baru sesuatu yang indah dan segala urusan berjalan lancar dengan bantuan pihak mover.

Servis Pilihan Pindah Pejabat di Malaysia

Berpindah ke pejabat baru bukanlah suatu proses yang mudah. Ia melibatkan banyak tenaga kerana perlu mengemas banyak fail, peralatan komputer, perabot besar dan alatan pejabat yang lain. Terdapat banyak elemen dan jabatan yang perlu dipertimbangkan semasa pindah pejabat.

Sama ada pejabat anda nak berpindah dalam bangunan yang sama atau nak ke suatu lokasi yang lain dalam Malaysia, kami mempunyai kepakaran dan staff yang terlatih untuk membantu anda A-Z sehingga proses perpindahan selesai.

Tugas Nizaf Mover adalah untuk memberikan anda pengalaman pemindahan yang menyenangkan dan menjimatkan masa anda. Kami meliputi pelbagai jenis pemindahan yang pro untuk perniagaan dan pejabat komersial, dari saiz pejabat kecil ke penempatan korporat yang besar, kedai di pusat membeli-belah dan lain-lain jenis pengurusan.

 

Perkara utama dalam proses pindah pejabat adalah perabot besar yang perlu dibongkar dan dipasang semula. Pekerja Nizaf Mover mempunyai staff yang cekap dan terlatih menjalankan kerja permindahan dan pembungkusan. Perabot pejabat anda selamat di tangan pekerja-pekerja kami yang berpengalaman dalam memasang dan membuka perabot pejabat.

Pasukan kami berfungsi dengan cekap semasa proses pemindahan dengan membuka barangan di pejabat lama, membungkus semua barang-barang dan masuk dalam kotak dengan selamat, memindahkannya dengan selamat ke pejabat baru, kemudian memasang semula barang-barang itu di pejabat baru, dan akhirnya memastikan semua ini dilakukan dalam jangka masa yang dirancang atau dalam masa satu hari.

 

Mengapa anda perlu pilih pindah pejabat dengan Nizaf Mover?

– Kami ada staff yang terlatih dan cara packing kami sangat kemas. Dan ini terbukti dengan ramai customer kami sebelum ini sangat berpuas hati.

– Staff Nizaf Mover juga akan membuka dan pasang semula perabot besar. Sampah-sampah juga kami akan dibersihkan setelah perpindahan.

– Kami amat mementingkan kualiti. Dengan menggunakan tenaga kerja yang mahir dan lori bonded (lori tutup penuh) dapat menjaga barang anda dan urusan pindah pejabat akan lebih lancar.

– Mudah berurusan. Senang untuk berurusan dengan semua staff Nizaf Mover. Dari bahagian sales sehingga ke operation. Anda tidak akan stress.

 

SEBUT HARGA PINDAH PEJABAT NIZAF MOVER

Bilangan dan saiz perabot dan barang-barang yang perlu dipindah.

Saiz lori yang diperuntukkan untuk mengangkut barang-barang untuk pindah pejabat.

Bilangan pekerja-pekerja untuk tugasan pindah pejabat.

Bilangan trip perjalanan yang diperlukan untuk servis transport barangan ke pejabat baru.

 

Bagaimana proses pemindahan pejabat kami?

  • Pertama, garis masa dan skop untuk pemindahan harus ditetapkan dalam pelan projek. Mulakan dengan merancang pelan penempatan pejabat.
  • Barang yang akan dipindahkan harus dibungkus ke dalam kotak. Kotak akan dilabelkan berdasarkan lokasi di pejabat baru.
  • Kami boleh menyediakan kemudahan simpanan sementara untuk barang jika diminta oleh pelanggan.
  • Pada tarikh yang dijadualkan, pasukan pindah pejabat kami yang akan mengangkut barang-barang ke lokasi baru, mungkin secara berperingkat bergantung pada jumlah bilangan barang yang perlu dipindahkan.
  • Di tempat pejabat baru, barang-barang akan diletakkan di lokasi yang betul mengikut label, dan kemudian ianya adalah akan dipasang semula seperti yang diperlukan.
  • Selepas berpindah, pasukan pindah pejabat kami masih sedia berada di pejabat baru untuk sementara untuk membantu anda jika anda memerlukan sebarang bantuan tambahan untuk membuka atau mengatur semula perabot atau untuk sebarang perkhidmatan pemindahan yang lain.

 

Servis Pindah Pejabat Terbaik Nizaf Mover & Logistics

Proses pemindahan pejabat ke tempat baru adalah satu perkara yang memakan masa dan tenaga. Dengan itu, kami dari Nizaf Mover menawarkan perkhidmatan pindah pejabat yang lengkap untuk memudahkan urusan pemindahan pejabat anda.

Nizaf Mover & Logistics adalah salah satu syarikat TOP 10 Movers in KL & Selangor yang boleh dipercayai untuk pindah pejabat. Sama ada pemindahan dalam bangunan yang sama ke tingkat yang berbeza atau pindah semua barang pejabat seperti meja, komputer, perabot, fail dan banyak lagi ke lokasi bangunan yang baru.

Bagi pindah pejabat yang ada peti besi untuk diangkat ke pejabat baru pun kami boleh angkat. Kecekapan dan professionalisme menjadi keutamaan team Nizaf Mover bagi mengendalikan tugasan pemindahan pejabat. Pindah pejabat dengan Nizaf Mover adalah pilihan terbaik.

Sudah banyak syarikat yang mengunakan servis Nizaf Mover untuk pindah pejabat. Antaranya MBSB, KPJ, IIUM dan salah satunya Kolej Komuniti. Servis yang diberi memang “tip top”. Dari A sampai Z semua team Nizaf Mover yang settlekan. Biar kami bantu anda untuk hilangkan stress masa pindah pejabat.

Kru Nizaf MOver bersama Orix Rental Kuantan ; Pindah Pejabat ke Menara Zenith

Kenapa Pindah Pejabat dengan Nizaf Mover?

Barang pejabat yang siap dipack sebelum dimasukkan ke dalam lori bonded Nizaf Mover
Kerja-kerja membuka perabot
Kerja-kerja menurunkan barang ke tingkat bawah
Kru operasi menyusun barang kotak barang

Sebut harga Pindah Pejabat Nizaf Mover

  • Bilangan dan saiz perabot dan barang-barang yang perlu dipindah.
  • Saiz lori yang diperuntukkan untuk mengangkut barang-barang untuk pindah pejabat.
  • Bilangan pekerja-pekerja untuk tugasan pindah pejabat.
  • Bilangan trip perjalanan yang diperlukan untuk servis transport barangan ke pejabat baru.

Nizaf Mover akan mudahkan kerja anda untuk mencari Syarikat Mover yang anda boleh berurusan untuk mendapatkan sebut harga dan servis yang terbaik untuk pindah pejabat anda.

Frequently Ask Questions

Ya, kami ada pakai LO. Syarikat kami juga berdaftar dengan MOF dan Petronas.

Sila sediakan informasi seperti gambar-gambar barang yang perlu dipindahkan dan tarikh pemindahan pejabat. Atau boleh terus hubungi team sales kami datang ke pejabat anda untuk survey.

Ya, kami juga menyediakan khidmat pembungkusan barangan (wrapping) untuk dihantar ke luar negara.

Boleh. Kami ada pakej pindah pejabat yang bersesuaian dengan kehendak anda.

Boleh. Akan jadi lebih senang dan cepat proses pindah pejabat nanti.

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan pindah pejabat di seluruh Semenanjung dan juga Sabah Sarawak.

Kepakaran Nizaf Mover Dalam Bidang Logistik

Untuk makluman anda, staff operasi kami adalah staff yang terlatih dan berkemahiran dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemindahan dan penghantaran, pembungkusan yang teliti dan proses aktiviti yang sistematik membuatkan hampir keseluruhan pelanggan berpuas hati dengan servis kami. Jadi tunggu apa lagi, jom booking slot sekarang dan maklumkan kepada kawan-kawan yang sedang mencari servis pindah rumah & penghantaran ke Sabah Sarawak dengan harga yang berbaloi-baloi.
.
Tak reti nak packing barang?
Staff Nizaf Mover boleh packing kan. Kami menggunakan kotak, bubble wrap, tape dan corrugated untuk packing barang anda dengan kemas. Tidak kisah barang besar atau berkaca.💯 Barang2 anda pasti akan sampai dalam keadaan baik dan selamat.

PROMOSI HUJUNG TAHUN!!!
HANTAR BARANG + HANTAR KERETA KE SABAH & SARAWAK = PERCUMA 10 KOTAK

Nak Pindah Pejabat Baru?

Anda nak pindah pejabat rumah baru? Mesti memerlukan kotak kosong yang banyak untuk packing.

Sekarang tidak perlu dah nak cari kotak kosong atau kotak terpakai sebab boleh beli dengan kami je.

Nizaf Mover ada menjual kotak pelbagai guna yang berkualiti. Kotak kosong baru double layer yang tebal dan tahan lasak.

Selain itu, kami juga ada jual stretch film, bubble wrap dan tape.

Jika shipment ke Sabah Sarawak kalau pakai kotak Nizaf Mover dijamin barang sampai dengan selamat.

 

Nak beli kotak boleh walk in terus ke office Nizaf Mover: –

Beli kotak Serdang: No.46, Jalan Desa Serdang 5, 43300 Serdang, Selangor.

Beli kotak Kuantan: No.20, Jalan IM 3/2, Kawasan Perindustrian IM, 25200 Kuantan, Pahang.

 

Nak hantar barang semenanjung ke Sabah Sarawak boleh contact Cik Marlia – 019-939 0355.

Nak order kotak dalam kuantiti yang banyak boleh contact Cik Azleen – 019-982 2755.

 

 

 

 

 

Kepentingan Packing Barang Pindah

Apabila pindah rumah perlunya wrapping atau packing barang seperti sofa, peti ais, mesin basuh dan sebagainya agar tak calar dan rosak. Team Nizaf Mover memang ambil berat tentang ini agar customer dapat pindah rumah / pejabat dengan senang hati. Bubble wrap, strech film, tape diperlukan untuk packing barang-barang pindah.