Pindah Pejabat

Pindah pejabat daripada pejabat lama, berpindah ke bangunan baru untuk menjalankan kerja hakiki.!Indah sebab dapat tempat bekerja baru dan lebih selesa. Namun awas! Penatnya sebelum selesai pindah pejabat Bukan perkara yang mudah ya, banyak perlu di urus tadbir sebelum sesi pindah pejabat. Semua staff wajib memainkan peranan mereka. Terdapat banyak elemen perlu dipertimbangkan semasa berpindah pejabat. Pindah pejabat sememangnya merupakan salah satu perkara yang amat memeningkan. Bagi kurangkan stress semasa pindah pejabat dan memudahkan urusan pindah pejabat pastikan anda membuat carta strategi cheklist yang tepat. Supaya memudahkan urusan pindah pejabat agar tidak ada yang tertinggal barang berharga atau tercicirnya dokumen-dokumen yang penting semasa berpindah ke pejabat baru.

Staff Nizaf Mover unload barang-barang pindah ke bangunan yang baru

Terdapat banyak perkara yang perlu diuruskan semasa proses pindah pejabat perlu mengambil kira setiap item termasuk perabot pejabat, peralatan komputer, perabot dan peralatan di bilik stor, mesyuarat dan IT, susunan hiasan di pejabat harus dipertimbangkan. Antara yang utama adalah, file dokumen-dokumen penting, dan juga dokumen di dalam komputer perlu di buat simpanan kedua untuk sebarang kemungkinan apabila berpindah ke tempat baru nanti. Untuk memudahkan, anda boleh rujuk di Nizar Mover step preparation untuk pindah pejabat. Mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk lebih memudahkan urusan pindah pejabat kelak.

Kecekapan dan professionalisme menjadi keutamaan team Nizaf Mover bagi mengendalikan tugasan pemindahan pejabat

Tatacara Pindah Pejabat

Untuk suatu organisasi pejabat sudah pasti ada step dan caranya tersendiri apabila berkeperluan untuk pindah pejabat dari yang lama kepada pejabat baru iaitu tidak kiralah swasta atau pun kerajaan. Bagi sektor swasta untuk pindah pejabat dari segi law lebih mudah prosedurnya berbanding sektor Kerajaan. Namun, untuk pejabat kerajaan tatacara agak rumit sedikit kerana perlu mengikut prosedur dan pekeliling kerajaan yang telah ditetapkan.

Bagi sektor kerajaan, organisasi tersebut perlu membuat pindah peruntukan. Semua permohonan untuk pindah peruntukan, sama ada bagi mendapat kelulusan Pegawai ataupun Perbendaharaan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang seperti di (Lampiran B). Pegawai hendaklah menggunakan format waran pindah peruntukan seperti di Lampiran C dan C1 bagi semua pindah peruntukan yang dibuat di bawah Pekeliling ini. Waran pindah peruntukan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Pengawal sendiri atau mana-mana pegawai bawahannya yang lain yang diberi kebenaran secara bertulis olehnya di bawah seksyen 15A(2) Akta Tatacara Kewangan 1957. Waran pindah peruntukan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara dengan kadar segera. Sekiranya waran pindah peruntukan tersebut ditandatangani oleh mana-mana pegawai selain Pegawai Pengawal, satu salinan surat kebenaran hendaklah dihantar bersekali kepada Jabatan Akauntan Negara.

Staff Nizaf Mover menitikberatkan aspek keselamatan dan kebersihan semasa berpindah

Checklist Sebelum Pindah Pejabat

Proses pindah pejabat adalah rumit. Dengan begitu banyak perkara yang perlu dilakukan, mudah untuk mengabaikan tugas yang lebih kecil, namun penting. Untuk memastikan pejabat anda bergerak di landasan, gunakan panduan senarai semak berikut yang akan memastikan tiada apa yang dibatalkan.

LABELKAN  DAN ASINGKAN DOKUMEN YANG PENTING

Pemilihan dokumen dan barang yang berkeperluan yang tepat adalah penting semasa tempoh mengemas barang-barang di pejabat semasa mengasingkan barang untuk pindah pejabat. Ini bagi memudahkan anda untuk menyusun dan mendapatkan kembali barangan tersebut di pejabat baru nanti. Ini antara langkah yang terpenting juga. Anda perlu mengasingkan kotak-kotak dengan dokumen-dokumen yang dilabelkan dengan mudah untuk anda nanti. Sekali gus dapat memudahkan untuk mengira bilangan kotak yang ada. Letakkan label pada setiap kotak dengan isi kandungannya untuk jimat masa ketika hendak mengemas. Selain itu, anda juga boleh tandakan setiap kotak dengan label tertentu bagi memudahkan untuk pekerja Pejabat memindahkannya nanti. Anda boleh mendapat kotak di Nizar Mover dengan harga yang berpatutan disamping pekerja mereka dapat membantu anda dalam penyediaan urusan pindah pejabat dengan harga yang berpatutan. Tanpa anda perlu pening-pening untuk mencari kotak-kotak dari satu pasaraya ke pasaraya yang lain hanya untuk mendapatkan kotak bagi menyusun barang-barang pejabat.

Barang-barang seperti komputer dan dokumen akan dimasukkan ke dalam kotak

Hatta sekaligus Nizar Mover mempunyai pasukan yang berdedikasi mempunyai pengalaman urusan pindah barang-barangan lebih 15 tahun tidak kira Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Nizar Mover berfungsi dengan cekap semasa proses pemindahan dengan membongkar barangan di pejabat lama, membungkus apa-apa barangan dan masuk dalam kotak dengan selamat, memindahkannya dengan selamat ke pejabat baru, kemudian memasang semula barang-barang itu di pejabat baru, dan akhirnya memastikan semua ini dilakukan dalam jangka masa yang dirancang atau dalam masa satu hari.

Juruteknik Untuk Pindah Barangan Elektrik

Sekiranya untuk urusan pindah pejabat ada perancangan untuk memindahkan barang pejabat barang elektrik seperti kipas, pendingin hawa, atau lampu dan sebagainya, dari pejabat lama ke pejabat baru. Anda memerlukan carian Juruteknik yang berpengalaman bagi membantu anda untuk membuka barangan elektrik tersebut untuk dipindah dan pasangkan dipejabat baru. Anda boleh melayari google buat carian wiring electrical freelance atau Facebook, terdapat banyak freelance wiring. Dan mungkin dapat membantu anda di samping memilih yang terbaik apabila melihat feedback customer yang lain sekaligus dapat membantu mereka mencari rezeki.

Telefon, Pejabat Pos, E-mel dan Akaun Media Sosial

Pemakluman awal, utiliti pertama yang anda hubungi mengenai langkah anda; anda ingin memastikan perniagaan anda tetap terbuka semasa bergerak atau bahawa terdapat sedikit gangguan yang mungkin. Biarkan syarikat telefon tahu bila langkah itu dan meminta telefon dipasang dan siap untuk beroperasi di pejabat baru  sebelum tarikh pindah, bagi memastikan berjalan pada tarikh pindah.

Tukar Alamat Pejabat Baru (Memaklumkan Kepada Klien-Klien) Dan Rancang Tarikh Pindah Pejabat

Selain itu, anda perlu memastikan untuk penukaran alamat harus dibuat. Anda pastikan anda kemas kini alamat untuk surat menyurat di pejabat anda supaya mudah untuk berurusan dengan pihak utiliti ,bank, klien-klien dan lain-lain lagi. Sebaiknya lebih awal lebih bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu memaklumkan sebarang urusan pejabat atau klien-klien dimaklumkan terlebih dahulu melalui e-mail, surat dan lain-lain untuk diwarkan pemindahan tukar pejabat.

Sebelum berpindah ke Pejabat baru anda harus pastikan alamat telah ditukar dan dimaklumkan kepada klien-klien dan sebagainya. Pastikan anda kemas kini alamat supaya mudah untuk berurusan dengan pihak bank dan sebagainya.

Pastikan memilih tarikh yang betul untuk urusan pindah ke pejabat baru. Maklumkan kepada mover tarikh tersebut yang dijadualkan. Elakkan memilih hari cuti umum, dari mengelakkan kesesakan lalu lintas sekaligus melambatkan masa, dan merugikan masa anda.  Pastikan di tempat pejabat baru, barang-barang akan diletakkan di lokasi yang betul mengikut label, dan kemudian ianya adalah akan dipasang semula seperti yang diperlukan.

Proses pemindahan peti besi ke tempat yang baru

Kesimpulan

Kesimpulannya, pastikan anda melakukan pemeriksaan terakhir.  Membuat pemeriksaan keseluruhan untuk ruang pejabat supaya tiada dokumen atau barang-barang tercicir. Tutup semua suis dan lampu. Pindah pejabat adalah merupakan sesuatu yang menarik atau juga memenatkan, atau kedua-duanya sekali. Jangan jadikan ia sesuatu yang dilakukan di saat akhir kerana beberapa proses seperti mencari mover yang anda mahukan, memohon kebenaran dari pengurusan bangunan dan lain-lain lagi perlu dilakukan lebih awal. Perancangan yang teliti dan teratur harus dilaksanakan dan pastikan anda mempunyai senarai yang lengkap bagi mengelakkan stress dan terkejar-kejar dalam urusan pindah pejabat ini dan jadikan proses perpindahan ke pejabat baru sesuatu yang indah dan segala urusan berjalan lancar dengan bantuan pihak mover.

Pindah Rumah Semenanjung

Mempunyai rumah sendiri, cantik dan tersergam indah pasti menjadi impian setiap isi rumah keluarga di Malaysia. Kadangkala tidak kisah saiz rumah kecil atau besar janji dapat duduk rumah sendiri. Itulah salah satu dialog prinsip keluarga di Malaysia sekarang apabila bercerita tentang rumah. Namun, hakikat kehidupan sebelum bermulanya satu kejayaan, tidak akan terus memperolehi apa yang diinginkan. Pada awalnya hanya menyewa rumah sebelum masuk ke rumah sendiri.

Dapat berpindah ke rumah sendiri ibarat satu mimpi yang indah. Namun harus dingatkan proses pindah rumah BUKAN mudah ya!. Anda perlu membuat perancangan keluarga dengan teliti. Pindah Rumah Semenanjung tidak serumit pindah ke Sabah Sarawak. Namun Prosedurnya tetap sama. Perlu ada perancangan yang rapi semasa proses pindah rumah ini. Antaranya, dengan semudah ABC, hanya dengan klik 1 carian di google Nizaf Mover dapat membantu anda dalam membuat perancangan pindah rumah semenanjung anda dengan lebih mudah dan pantas.

Staff tengah packing di rumah customer

Pindah rumah Semenanjung Malaysia, “ Pantai Barat Semenanjung Malaysia {Bahasa Melayu Pantai Barat Semenanjung Malaysia} merangkumi negeri-negeri yang mempunyai garis pantai di sepanjang selat Melaka. Bahagian semenanjung ini lebih banyak bandar dan maju daripada di Pantai Timur yang lebih berbangsa Melayu, Islam dan luar bandar. Ibu Negara Malaysia, Kuala, dan pusat pentadbiran baru Putrajaya terletak di wilayah ini. Namun tidak kiralah disudut mana sekali pun. Hujung negeri mana pun ada duduk dan ingin berpindah dengan Nizaf Mover pasti dapat membantu anda untuk proses pindah rumah dengan mudah.

Sebab kenapa anda boleh memilih Nizaf Mover kerana, Nizaf Mover mempunyai pengalaman lebih 15 tahun untuk urusan pindah rumah Semenanjung mahupun Sabah Sarawak. Punyai lengkap untuk setiap urusan pindah dari segi pengangkutan lori, tenaga kerja yang mahir dan berstamina tinggi dalam menjaga keselamatan barang-barang anda. Hatta urusan Kargo sekalipun Nizaf Mover menyediakan tersebut. Selain itu, dengan Nizaf Mover adanya cover insurans untuk sesuatu barang. Jadi anda tidak perlu risau. Sebarang persoalan,atau quotation anda boleh terus melalui Nizaf Mover. Staff Nizaf Mover yang terlatih akan membantu anda.

Nizaf Mover akan uruskan pindah rumah anda dari A-Z

Checklist Pindah Rumah

Pindah rumah adalah pergerakan anda dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Pindah rumah adalah perkara yang agak rumit untuk diselesaikan. Jika rumah anda adalah rumah yang bersaiz besar, anda akan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Pindah rumah akan menjadikan anda lebih stress atau tertekan disebabkan oleh tiada perancangan awal.

Pindah rumah semenanjung, tidak kiralah dari negeri mana ke negeri mana sememangnya merupakan salah satu perkara yang amat memeningkan. Untuk mengurangkan stress dan bagi memudahkan segala urusan pindah rumah anda, pastikan anda perlu buat CHECKLIST yang betul supaya tak terlupa atau tertinggal barang berharga atau tercicirnya barangan yang penting dalam proses berpindah ke rumah baru anda nanti. Jadi, boleh cuba langkah-langkah ini. Mungkin anda boleh melayari Nizaf Mover cara untuk simpanan barangan anda dengan lebih mudah untuk membantu anda.

Setiap barang akan dipacking agar tidak rosak

Settlement Segala Bil Dirumah Lama

Sebelum berpindah ke rumah baru, anda disarankan untuk menyelesaikan segala urusan bil-bil di rumah lama anda sebelum berpindah ke rumah baru, bagi memudahkan urusan anda nanti dan tiada permasalahan dikemudian hari. Anda seharusnya perlu memastikan segala tunggakan bil telah dibayar, tidak kiralah bil air, elektrik, unifi, Astro dan sebagainya. Untuk menjimat masa anda boleh terus membuat bayaran menerusi JOMPAY! Mana-mana online banking terus JOMPAY sahaja. Atau sekiranya anda ingin lebih jimat anda boleh buat pembayaran di Shopee ya. Mungkin di shopee lebih menjimatkan lagi bayaran anda.

Disamping itu, anda perlu memastikan anda menukar alamat surat menyurat untuk urusan isu rumah anda bagi mengelakkan masalah dikemudian hari dan mungkin akan menyebabkan berlakunya tunggakan sekiranya anda tidak menukar alamat rumah anda. Hal ini kerana anda tidak menerima bil-bil tersebut.

Untuk barangan-barangan elektrik dan dalam tempoh kontrak atau terikat. Anda boleh menghubungi pihak yang berwajib untuk mengalihkan barangan tersebut ke rumah baru. Contohnya Astro, Unifi dan sebagainya, sebelum pindah anda boleh menghubungi terlebih dahulu untuk proses pindah alih ke rumah baru.

Kemas Pakaian Secara Berhemah

Kemaskan baju-baju dengan baik secara gantung atau kotak. Packing dengan teratur dapat memudahkan anda apabila tiba di rumah baru. Sekaligus dapat menjimat masa anda dan kurangkan keletihan anda untuk mengemas kembali, hal ini anda tidak perlu membuat kerja payah secara ulangan. Anda Cuma tinggal untuk buka dari plastik dan sangkut sahaja. MUDAHKAN?

Staff asingkan barang-barang ke dalam kotak Nizaf Mover
Setiap kotak akan diasingkan dan dilabel supaya mudah untuk dicari

Untuk lebih mudah anda boleh gunakan khidmat Nizaf Mover dalam penyediaan kotak, Nizaf Mover ada menyediakan kotak dari Saiz Kecil hinggalah besar saiznya, anda Cuma pilih sahaja, dan barangan anda juga pihak Nizaf Mover boleh uruskan untuk anda pack barang anda dalam kotak. Nizaf Mover boleh bantu permudahkan urusan packing barangan anda tidak kira pindah rumah ke semenanjung mahupun Sabah Sarawak.

Kotak dah ada, dengan Nizaf Mover anda tak perlu risau lagi. Anda tidak perlu lagi mencari membeli kotak di pasaraya atau mana-mana kedai. Mudahkan! Sekali salotape semua siap Nizaf Mover. Jadi tak ada istilah ini terlupa beli itu terlupa beli ya. Anda sekeluarga tidak perlu banyak kerja.

Kotak Nizaf Mover terdapat dalam saiz S, M dan L

Pemilihan Tarikh Pindah Rumah Semenanjung

Pemilihan tarikh penting untuk proses pindah rumah. Bagi memudahkan anda menyiapkan segala urusan. Disamping senang untuk anda membuat penyediaan untuk memaklumkan kepada pihak lori mover untuk proses tersebut. Tanpa menganggu hari-hari bekerja anda atau sekiranya anda mempunyai urusan pada hari tersebut. Risau jika tidak dipilih tarikh mungkin akan clash dengan masa lain.

Info Pindah Rumah

Untuk pindah rumah, sekiranya anda berada di dalam sektor kerajaan. Tidak kisahlah anda berada dalam Jabatan atau Kementerian mana. Anda sebagai penjawat awam berhak untuk menuntut claim Pindah Rumah Semenanjung mahupun Sabah Sarawak. Anda boleh memohon melalui Jabatan anda. Untuk lebih lanjut boleh bertanya kepada CC pentadbiran di pejabat anda bekerja. Hanya perlukan dua borang sahaja kebiasaanya Lampiran B-2 dan Lampiran A. Untuk lebih jelas boleh bertanya di bahagian Pentadbiran Pejabat anda.

Kadar Claim Pindah Rumah berdasarkan Gred Semasa

Kebiasaanya ramai orang yang terlupa untuk mohon. Pemohonan valid sehingga 3 tahun daripada tempoh pindah. Pastikan anda menyediakan borang-borang yang lengkap seperti yang tertera di Borang Lampira B-2 urusan pindah rumah. Jumlah claim adalah berdasarkan gred hakiki jawatan semasa anda.

Kesimpulannya

Urusan mahupun proses pindah rumah adalah merupakan sesuatu perkataan yang menarik atau juga memenatkan, atau jika silap langkah stressnya bukan biasa-biasa ya. Jadi rancanglah dengan baik untuk isi rumah anda bagi memudahkan segala urusan pindah rumah anda tanpa gangguan masalah hati, sesi pertengkaran dan sebagainya.

Sekiranya ada yang meragukan pastikan akan melakukan pemeriksaan terakhir setelah akhirnya keluar dari rumah anda, pastikan periksa buat kali terakhir, periksa sekeliling rumah supaya tidak tertinggal apa-apa, tutup semua suis dan lampu. Jika anda bercadang untuk membersihkan rumah, ini masa terbaik untuk lakukannya.

Ingat! Jangan jadikan ia sesuatu yang dilakukan di saat akhir kerana beberapa proses seperti mencari lori, mover, mengemas barangan dan  memohon kebenaran dari pengurusan bangunan dan serta lain lain lagi perlu dilakukan lebih awal. Rancang dan pastikan anda mempunyai senarai untuk elakkan stress dan terkejar-kejar dalam urusan pindah rumah anda tidak kiralah pindah rumah Semenanjung mahupun Sabah Sarawak ini dan jadikan proses perpindahan ke rumah baru berjalan dengan lancar dan baik segalanya.

Pindah Ke Sabah Sarawak

Rancang Strategi

Berpindah dari suatu tempat ke tempat yang baru, ataupun memang hidup secara nomad yakni perlu berpindah randah. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan apabila ditetapkan supaya perlu berpindah bagi setiap golongan yang berkeperluan keatas mereka disebabkan urusan kerja atau perlu mengikut keluarga atas sebab musabab yang tertentu dan lain-lain.

Apabila bercerita akan Pindah Rumah. Semestinya kita perlu bersiap sedia dari segi mental,fizikal mahupun urusan kewangan untuk proses Pindah Rumah ini. Dari segi mental dan fizikal kita memang perlu kawal sebaiknya. Ini kerana sebut sahaja perkataan Pindah Rumah sudah dapat dibayangkan betapa peningnya untuk proses sebelum selesainya Proses Pindah Rumah ini. Banyak perkara yang perlu diatur,diuruskan secara sistematik sebelum selesainya proses Pindah ke Sabah Sarawak.

Namun, untuk perhatian anda! Bagi proses Pindah ke Sabah Sarawak. Anda perlu lebih membuat penelitian. Hal ini kerana banyak proses dan cara yang perlu diketahui sebelum barang-barang anda dipindahkan ke Sabah Sarawak sangat rumit banyak perlu stanby dokumen dan prosedur hakiki yang perlu disediakan disamping melalui kastam terlebih dahulu sebelum barang-barang anda sampai ke Sabah Sarawak.

 PEMILIHAN MOVER KE SABAH SARAWAK 

Pejabat Nizaf Mover di Semenyih, Kajang

Untuk proses Pindah ke Sabah Sarawak anda perlu mencari mover yang dapat membantu  bagi meringankan kerja-kerja urusan pindah anda. Antaranya untuk packing barang,kemas barang dan bagaimana step by step prosedur untuk proses pemindahan ke Sabah Sarawak. Sekaligus anda boleh bertanya details untuk quotation harga bagi proses pindah ke Sabah Sarawak dan kargo.

Antaranya anda boleh buat carian Google untuk Nizaf Mover. Melalui Nizaf Mover ianya mudah berurusan untuk anda, yakni untuk penghantaran hanya perlu tempah tarikh dan sediakan dokumen yang lengkap, dan selebihnya bagi pindah ke Sabah Sarawak pihak Nizaf Mover akan uruskan. Nizaf Mover (Kami akan bantu anda).

Selain itu melalui pemilihan Nizaf Mover untuk pindah ke Sabah Sarawak. Anda juga dapat menjimatkan masa anda dengan penghantaran yang pantas,disini anda tidak perlu pening untuk proses delay atau lambat sekaligus risau akan keadaan barang-barang pindah ke Sabah Sarawak, ini kerana barang anda akan sampai tepat pada masa seperti yang dijanjikan.

PACKING DAN WRAPPING

Selain itu, di Nizaf Mover juga terdapatnya penyediaan pakej packing dan wrapping. Jadi disini anda tidak perlu pening untuk cari kotak dikedai-kedai ataupun membeli kotak dari kedai ke kedai untuk pengasingan barang-barang mahupun  untuk kemaskan barang-barang anda bagi proses pindah ke Sabah Sarawak lagi. Ini kerana team Nizaf Mover akan menyediakan khidmat packing dan wrapping barang-barang anda dengan selamat.

PERKHIDMATAN KARGO PEMILIHAN MOVER KE SABAH SARAWAK

Pilih Syarikat Kargo Yang Sesuai,Berpantutan dan Mudahkan Anda

Bagi perkhidmatan Kargo. Anda boleh membuat carian melalui laman web atau media sosial atau bertanyakan rakan-rakain lain yang ada pengalaman. Anda boleh survey beberapa syarikat untuk bandingkan servis, pakej dan harga. Antaranya carian Nizaf Mover. Biasanya mover yang anda pilih akan terangkan bagaimana cara dan syarat-syarat yang dikenakan bagi proses pindah ke Sabah Sarawak. Antara anda perlu ambil cakna barang-barang yang dibenarkan dalam kereta semasa proses penghantaran dan juga barang-barang yang di larang. Anda sebaiknya ikut sahaja syarat yang telah ditetapkan, jika tidak mahu sebarang kemungkinan yang akan berlaku dengan pihak Kastam kelak.

Kapal RORO yang membawa kenderaan di Port Klang

Pilih Pakej Yang di Perlukan

Untuk Perhatian anda kebiasaanya Syarikat Kargo akan menawarkan empat jenis servis. Anda boleh memilih pakej servis yang anda perlukan. Antaranya, Port to Port iaitu, Pihak syarikat yang akan menguruskankan penghantaran kenderaan anda ke Pelabuhan yang berdekatan. Port to Door iaitu, pihak Syarikat yang akan  menghantar kenderaan anda ke destinasi yang anda inginkan daripada Pelabuhan.

Seterusnya, Door to Door iaitu, kenderaan anda akan diambil dirumah anda dan akan dihantar terus ke alamat penghantaran yang telah ditetapkan, dan servis Door to Port iaitu, Pihak Syarikat yang akan menguruskan penghantaran kenderaan anda dari rumah ke Pelabuhan yang telah ditetapkan.

Pelepasan Daripada Bank Dan Tentukan Servis Yang diPerlukan & Penyediaan Dokumentasi

Awas! Perlu diingatkan untuk urusan kereta bagi proses pindah ke Sabah Sarawak, antara  perkara penting yang perlu anda selesaikan. Iaitu syarat yang paling utama. Sebelum anda pindah kereta ke Sabah Sarawak, anda seharusnya memastikan bahawa kereta yang anda miliki tersebut tiada tunggakan bulanan di Bank yang buat permohonan loan kereta dahulu,dan kereta tersebut masih dalam tempoh pembayaran di Bank. Ini kerana, sekiranya anda mempunyai tunggakan bayaran kereta anda. Anda terlebih dahulu perlu menyelesaikan bayaran semua tunggakan di kaunter bank dan pastikan pihak bank memberikan surat kebenaran ataupun consent letter, dan anda juga boleh terus minta salinan asal geran kereta {original copy of green card} untuk memudahkan urusan anda. Dan kebiasaanya jika penama sendiri yang minta bank akan bagi.

PERSEDIAAN SHIPPING PINDAH BARANG KE SABAH SARAWAK

Kenderaan {Motor dan Kereta}

Bagi persediaan shipping pindah barang ke Sabah Sarawak anda perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi kenderaan yang anda ingin pindahkan ke Sabah Sarawak,seperti salinan ic pemilik, passport pemilik dan juga pastikan pihak bank memberikan surat kebenaran ataupun consent letter yang anda ambil daripada bank,perlu sediakan bersama.

Cukai Jalan {Road tax}

Bagi kadar bayaran Cukai Jalan atau roadtax  adalah lebih rendah daripada Semenanjung. Dan perlu diambil perhatian mengikut peraturan,kereta yang guna cukai jalan hanya boleh digunakan disana sahaja. Akan tetapi dalam situasa tertentu yang boleh menyebabkan terpaksa membawa kereta ke Semenanjung. Cukai jalan sah digunakan dalam tempoh 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan , anda perlu pastikan dokumen yang mengesahkan pemindahan kereta yakni seperti shipping invoice sentiasa ada bersama dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa jika diperlukan, dan selepas daripada 3 bulan,sekiranya cukai alan anda belum tamah tempoh, anda hanya perlu membuat bayaran kadar perbezaan harga cukai jalan bagi bulan yang masih berbaki sahaja. Untuk lebih lanjut bagi Cukai jalan anda boleh rujuk kepada JPJ atau melayari laman web JPJ.

KEPENTINGAN INSURANS UNTUK MOVERS

Anda tidak perlu stress memikirkan keadaan barang-barang anda kerana dengan Nizaf Mover, akan pastikan barang anda sampai dengan selamat dengan jaminan Insurans sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Untuk perhatian pihak anda Nizaf Mover merupakan syarikat yang berdaftar dengan MOF. Disamping itu, antara mover yang menyediakan Marine Insurans yakni bagi memastikan kenderaan anda selamat sampai dengan jaminan Insurans sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini semasa proses pindah ke Sabah Sarawak.

KESIMPULAN

Pastikan perancangan yang rapi dan sistematik. Checklist dengan betul dan berhemah supaya anda dalam keadaan relaks dan tidak tertekan mahupun stress dengan urusan Pindah ke Sabah Sarawak ini. Ambil Langkah berjaga-jaga, atau sentiasa dalam keadaan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan. Antaranya, jika ada barang bernilai sebolehnya tidak perlu diletakkan didalam kerera atas Kapal. Hal ini kerana kita tidak mengetahui siapa sahaja orang-orang sekeliling pekerja kapal macam mana so anda better be safe ya.

Selain itu,pastikan penyediakan dokumen untuk proses ke pindah ke Sabah Sarawak tiada yang tercicir bagi memudahkan segala urusan anda. Pastikan segala prosedur yang tetapkan anda buat dan jangan ingkar untuk setiap syarat yang telah ditetapkan. Bagi mengelakkan sebarang masalah apabila tiba di Kastam nanti,dan sekaligus memudahkan segala urusan pindah ke Sabah Sarawak anda berjalan dengan lancar.

Cabutan Bertuah 2/2/2022

Tahniah kepada pemenang-pemenang untuk Cabutan Bertuah 2.2. Seronok kan tengok mereka dapat hadiah. Ambil servis Nizaf Mover pun boleh dapat hadiah. Wow!!! Bestnya! Kita jumpa lagi untuk cabutan bertuah akan datang. Mungkin anda pulak pemenang yang bertuah.

Apa agaknya hadiah untuk bulan akan datang???

Pemenang Cabutan Bertuah 2/2/2022

Salam Ramadhan | 3 April 2022

Bulan Ramadhan yang penuh berkah bakal tiba lagi. Umat Islam di Malaysia akan menunaikan ibadah puasa Ramadhan pada hari Ahad, 3 April 2022.

Bau harum Ramadhan sudah mulai terasa. Semoga kita boleh dipertemukan dalam keadaan sihat.

Selamat menunaikan ibadah puasa. Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh berkat ini. Agar kelak kita menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan.

“Pesan Imam Al-Ghazali, yang dekat itu MATI, yang jauh itu MASA, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang indah itu SOLAT, yg menyucikan rohani dan jasmani itu PUASA. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh ketakwaan”

Semoga keberkatan bulan ini memberi peluang kepada kita untuk mendekatkan diri ke arah kebaikan dan kesederhanaan.

Tetapi ada satu pesanan ringkas yang menggeletek hati. Bacalah yang ini….

“Carilah olehmu Lailatul Qadar di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan dan janganlah kamu mencari Laila Nasi Kandar di siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Selamat Berpuasa”

Marhaban Ya Ramadhan,

Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,

Dahannya Patah Tolong Betulkan,

Puasa Ramadhan Kembali Menjelang,

Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan,

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan 2022/ 1443H

Hantar Barang ke Sabah Sarawak

” Anda ada barang banyak dan bersaiz besar untuk dihantar ke Sabah Sarawak atau ke Semenanjung? Stok-stok barang perniagaan yang banyak berkotak-kotak untuk dihantar?.. “

Nizaf Mover menyediakan servis untuk penghantaran dan penyimpanan barang anda ke Sabah Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bagi anda yang ada masalah untuk menghantar barang yang besar dan banyak dengan kurier kerana mahal dan sukar untuk diuruskan, Nizaf Mover akan membantu anda termasuk packing sekali.

BARANG APA YANG BOLEH DI HANTAR?

Stok Niaga

Sesuai untuk usahawan dari semenanjung/Sabah Sarawak yang ingin menghantar stok barang yang banyak dan besar.

Perabot

Nizaf Mover menyediakan servis penghantaran perabot yang siap pasang atau yang belum dipasang dan akan dipacking mengikut keperluan.

Barangan Peribadi

Bagi yang Berpindah ke Sabah Sarawak dan ingin menghantar barang-barang rumah seperti perabot, barang elektrik, pakaian dan sebagainya.

Servis penghantaran barang Nizaf Mover merangkumi proses pembungkusan, penghantaran dari rumah dan penyimpanan mengikut kehendak yang diinginkan oleh pelanggan. 

Kadar Hantar Barang per Meter Cubic (M³)

KOTA KINABALU

RM305 RM265
  • Caj terakhir adalah di Gudang Nizaf Mover
  • Kadar bergantung kepada kekosongan
  • Pembayaran TUNAI
  • Tempahan dibuat 2 minggu awal daripada tarikh kapal

KUCHING

RM300 RM255
  • Caj terakhir adalah di Gudang Nizaf Mover
  • Kadar bergantung kepada kekosongan
  • Pembayaran TUNAI
  • Tempahan dibuat 2 minggu awal daripada tarikh kapal

Remark :

  1. Harga pembungkusan termasuk Bubble Wrap Stretch Film, Corrugated Paper & label. Tidak termasuk Kotak
  2. Harga pickup termasuk pekerja (Tingkat bawah sahaja.
  3. Caj penghantaran yang dinyatakan hanya ke Warehouse di setiap destinasi
  4. Caj Penghantaran hanya di Kawasan pekan/bandar dan tingkat bawah sahaja.
  5. Harga bergantung kepada kekosongan.
  6. Harga tidak termasuk perlindungan insuran.
  7. The Shipper/client has responsibility to ensure shipped goods are protected and insured.
  8. Pembayaran : Tunai
  9. Transit time is 2 weeks from vessel departure date.

” Bagaimana kalau saya nak hantar barang hanya beberapa kotak sahaja?.. “

Tidak perlu risau. Nizaf Mover juga terima kotak untuk dihantar ke Sabah Sarawak. Sesuai kepada pelajar-pelajar yang ingin menghantar barang peribadi yang sedikit dan harga penghantaran yang berpatutan. 

Kadar Hantar Barang per kotak ( Pakej Pelajar)

Saiz Kotak Kota Kinabalu Kuching
Kotak Saiz S (48cm x 35cm x 35cm)
RM54.00
RM52.00
Kotak Saiz M (48cm x 48cm x 48cm)
RM64.00
RM62.00
Kotak Saiz L (53cm x 53cm x 53cm)
RM74.00
RM72.00
Delivery
RM10.00
RM15.00

Remark :

  1. Sertakan salinan ID Pelajar sebagai bukti.
  2. Kotak adalah Percuma (Boleh guna kotak sendiri)
  3. Minimum Penghantaran adalah tiga (3) kotak.
  4. Pickup seminggu sekali (20KM radius daripada Pejabat Nizaf Mover) atau boleh hantar Kotak anda ke Nizaf Mover di Bandar Teknologi Kajang, Selangor.
  5. Berat maksimum untuk setiap kotak adalah 25KG.

4 PERKARA PERLU DILAKUKAN SEBELUM HANTAR BARANG

Saya nak mudahkan kerja anda untuk pencarian Syarikat yang anda boleh berurusan untuk mendapatkan sebut harga dan servis yang premium untuk hantar barang anda ke Sabah & Sarawak. Harga dikira mengikut per M³ iaitu (panjang x lebar x tinggi) dan jarak dari destinasi lama ke destinasi yang baru. Anda perlu berurusan dengan team sales kami untuk lebih terperinci.

Boleh terus Whatsapp Miss Iza – 019-204 7355 dari Nizaf Mover. Boleh call atau whatsApp untuk dapatkan sebut harga dan sebarang pertanyaan dengan hantar barang ke Sabah & Sarawak.

  • Perlu asingkan barang terlebih dahulu yang mana hendak digunakan dan yang mana tak perlu.
  • Packing barang menggunakan kotak double layer, bubble wrap dan corrugated.
  • Labelkan barang dengan nama, tempat dan kalau barang jenis yang mudah pecah labelkan dengan ‘Fragile’.
  • Cari syarikat yang boleh dipercayai seperti Nizaf Mover & Logistics untuk menghantar barang ke Sabah & Sarawak.

KENAPA PERLU PILIH NIZAF MOVER?

TESTIMONI PELANGGAN NIZAF MOVER?

FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

Jawapan: Boleh. Kereta boleh di hantar menggunakan kapal RORO ( Roll On Roll Off). Kapal yang khas untuk kenderaan, harga lebih ekonomi berbanding dengan kos kontena dan barang-barang kecil seperti kotak-kotak boleh di masukkan dalam kereta tetapi risiko akan di tanggung oleh pelanggan. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab atas kehilangan

Jawapan: Team Sales akan hubungi pelanggan untuk beri sebutharga, jika bersetuju team Nizaf Mover akan packing barang-barang dan hantar ke warehouse untuk stuffing dalam kontena. Bila barang sampai di Port Kota Kinabalu, team Nizaf Mover akan masukkan ke dalam lori & hantar terus ke Semporna.

Jawapan: Kiraan dalam bentuk m3 ( meter padu). Cara kiraan adalah

(Panjang x Lebar x Tinggi (cm) / 1,000,000).

Contoh 100 x 100 x 100 cm / 1,000,000 = 1m3)

Jawapan : Kontena ada 20 kaki & 40 kaki. Harga untuk 20 kaki ke Sabah dari RM 5k++ dan 40 kaki dari RM 7k++. Untuk makluman lanjut boleh hubungi team sales kami http://www.wasap.my/60192047355

Jawapan: Penghantaran boleh menggunakan kapal Udara. Dalam 2-3 hari sampai. Kiraan utk volumetric weight ialah

(Panjang x Lebar x Tinggi (cm) / 6000)

Contoh 30 x 30 x 30 / 6000 = 4.5kg

Jawapan: Kenderaan terbahagi kepada 2 ( Passenger Car seperti Myvi, Honda City, Golf Gti) & ( Light Commercial seperti SUV & MPV Estima, Velffire, Hilux). Harga untuk Passenger Car dari RM 1,499++ dan Light Commercial RM 1,599++. Tempoh penghantaran dalam 5-7 hari sampai di Pelabuhan.