COVID-19: Pengorbanan ‘Frontliners’

PKP sekarang sudah masuk Fasa 4. Sudah hampir 2 bulan rakyat Malaysia bekerjasama menghalang wabak COVID-19 ini dari terus menjangkiti ke angka yang lebih besar. Tugas kita sepanjang musim PKP ini hanya duduk di rumah. Tetapi ramai juga yang merungut kerana sudah lama tidak keluar rumah. Hanya itu yang kita perlu lakukan untuk mudahkan kerja frontliner kita. Mereka berkerja untuk kita dan biar kita duduk di rumah untuk mereka.

Pengorbanan kita tidak sepadan dengan pengorbanan yang dicurahkan oleh petugas di barisan hadapan. ‘Frontliners’ terpaksa tinggalkan keluarga di rumah demi negara. Kita pula duduk di rumah dengan ibu bapa, anak-anak di depan mata. Mereka yang duduk di rumah perlu bersyukur dan ambik peluang yang ada ini untuk meluangkan masa bersama keluarga yang mungkin kita tidak dapat sebelum ini. Frontliner mungkin tak dapat merasai nikmat yang kita dapat. Mereka rindukan anak-anak. Apabila pulang tidak dapat peluk dan cium kerana perlu membersihkan diri terlebih dahulu. Kadang-kadang tak dapat jumpa sehari sebab anak-anak dah tidur dulu kerana pulang kerja lambat.

Melihat barisan hadapan kita yang sentiasa bekerja keras untuk memerangi wabak COVID-19 demi kita. Kami rakyat Malaysia berasa bangga dan bersyukur sangat. Doktor dan jururawat yang panas memakai PPE. Polis dan askar mengawal siang malam pergerakan jalan raya. Runner Foodpanda, GrabFood yang memastikan makanan sampai kepada kita dengan kita hanya duduk di rumah. Sedih tengok kadang ada yang tak cukup tidur dan tak makan lagi demi menyelesaikan tugas mereka.

Dengan penurunan kes di Malaysia sekarang menunjukkan kita mematuhi arahan daripada kerajaan, KKM dan frontliners. InsyaAllah kita akan dapat memerangi wabak COVID-19 ini bersama-sama.

KITA MESTI MENANG!

“TERIMA KASIH KEPADA FRONTLINERS MALAYSIA”

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan dengan servis kami termasuk; Pindah Rumah, Pindah Pejabat, Penghantaran domestik, hantar kereta dan penyimpanan/pergudangan boleh Whatsapp kami di  019-204 7355 ( Cik Liyana) atau Call Pejabat Nizaf Mover 03-8723 8755 .

Klik butang dibawah untuk whatsapp

WHATSAPP SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat