Kami Positif! Hikmah Di Sebalik Wabak COVID 19

Bagaimana hari-hari anda dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18/03/2020 sehingga 31/03/2020.  Dengan yang terbaru dilanjutkan sehingga 14/04/2020. Harap semuanya baik-baik. Kita hanya dapat mencegah sebelum wabak ini semakin berleluasa. Itu yang kita dapat buat masa sekarang. Ada yang mengeluh kerana kehidupan seharian akan berubah. Tetapi kita boleh pandang hikmah disebalik kita perlu berkurung selama sebulan di rumah.

REZEKI ‘TAK NAMPAK’

Dalam kita tak sedar kita dapat spend time with family. Setiap hari kita mungkin busy dengan kerja sampai kurang masa dengan isteri, suami dan anak-anak. Sambil WFH, kita dapat berborak dan makan bersama keluarga tersayang. Ambil peluang yang ada untuk luangkan masa bersama. Tidak ke itu rezeki?

PEMBERSIHAN UDARA

Dengan kenderaan semakin berkurang atas jalan, udara di Malaysia akan lebih bersih. Asap kenderaan dan pembakaran tidak ada. Tak percaya? Kita lihat nanti.

PERBELANJAAN KURANG

Duit yang ingat nak buat belanja bawak anak-anak bercuti sempena cuti sekolah boleh disimpan dan dibawa ke musim raya nanti. Perbelanjaan pun jadi untuk yang keperluan sahaja sepanjang tempoh berkurung ni. Dah jimat kan?

KEHIDUPAN BERSIH

Mungkin dengan amalan pencegahan ini, kita akan amalkan kehidupan yang lebih bersih dan sihat selepas ini. Selalu basuh tangan, bersihkan diri selepas balik rumah, dan pakai baju yang bersih. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dalam pemakanan dan minum air suam banyak. Mengambil makanan yang bersih dan sihat juga dapat menjalani kehidupan yang harmoni.

KENAPA KENA KUARANTIN?

Apabila perintah berkurung ni dijalankan, proses rantaian jangkitan ni diputuskan lama-lama ia akan hilang. Sebab virus akan mati dalam environment tanpa transfer kepada sesiapa. Macam di China bukan sebab dah jumpa ubat tetapi sebab rantaian jangkitan ni dah diputuskan.

Kita sebagai rakyat Malaysia patuh la pada arahan kerajaan. Bukan untuk kebaikan orang lain tetapi untuk kita semua. Jika rasa leceh, boleh pandang dari sudut lain yang positif. Jika takut rezeki putus, ingatlah rezeki ada di mana-mana. Harapan kita semua agar wabak COVID-19 ini dapat dicegah dari terus ke angka yang lebih besar. Kami dari Nizaf Mover & Logistics berfikiran positif dalam tempoh PKP ini!

DUDUK RUMAH! STAY HOME! KITA JAGA KITA!

 

 

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan dengan servis kami termasuk; Pindah Rumah, Pindah Pejabat, Penghantaran domestik, hantar kereta dan penyimpanan/pergudangan boleh Call/Whatsapp kami di  019-204 7355 ( Cik Liyana). Klik butang dibawah untuk whatsapp

WHATSAPP SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat